Wednesday, 22 June 2016

KOLEKSI TELEKUNG

Koleksi jenama Saffiyyah Couture menampilkan lima jenis telekung terbaru yang berlainan corak serta warnanya iaitu Telekung Fajriya, Telekung Dafina, Telekung Saiha, Telekung Satira dan Telekung Lamisa. Gayakan telekung keluaran terbaru Saffiyyah Couture yang tampil menarik dengan corak yang pelbagai dan sesuai digunakan dalam ibadah seharian. 


Kain Telekung Fajriya hanya mempunyai warna putih sahaja dan disulami dengan sulaman corak bunga yang berwarna pada sekeliling telekung. Telekung ini digemari oleh orang ramai kerana coraknya yang berlainan daripada telekung lain. Warnanya lembut dan jahitan dibahagian bawah telekung menunjukkan sifat harmoni Telekung Fajriya.


Kain Telekung Dafina mempunyai warna turqoise, ungu, coklat dan biru. Mempunyai sulaman manik pada bahagian atas kepala, belakang badan dan disekeliling telekung. Dengan adanya beg yang tersendiri Telekung Dafina mudah untuk dibawa kemana sahaja.


Kain Telekung Saiha didatangkan dengan warna merah jambu dan biru. Disulami dengan sulaman bunga disekeliling telekung menjadikan Telekung Saiha tampak menarik dan sesuai untuk dipakai oleh golongan remaja. 


Kain Telekung Satira mempunyai warna putih, hitam dan biru. Kesemua telekung ini mempunyai sulaman bunga yang berwarna-warni pada bahagian atas kepala, belakang badan dan disekeliling telekung. Terdapat juga beg telekung untuk Telekung Satira bagi memudahkan pengguna untuk membawanya.



Kain Telekung Lamisa hanya mempunyai warna putih sahaja dan disulami dengan sulaman pada bahagian bawah telekung. Kain ini ringan dan mudah untuk dibawa kemana sahaja dan sesuai digunakan untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Instagram: saffiyyahcouture
Whatsapp: 012 306 6561

No comments:

Post a Comment