Assalamualaikum dan selamat pagi semua Keluarga SAFFIYYAH. Semoga kita berada di bawah rahmat kasih sayang Allah SWT dan di kurniakan kesihatan dalam keimanan.......Aaminn
Dimusim musim Haji ini, selalu terasa nostalgia. Di tahun 2013, saya dijemput Allah untuk mengerjakan Haji bersama suami. Masha Allah, Alhamdulillah..... bersyukur sangat sangat. Masih teringat sangat saat berwukuf di Arafah. Disana, semua jemaah berkumpul, dan masing masing mencari "spot" sendiri..... "bercakap cakap" dengan Allah. Dalam tangisan dengan seribu harapan meminta keampunan atas segala dosa dosa kami. Memanjatkan doa untuk meneruskan kehidupan sebagai Muslim yang terbaik. Memohon syurga Allah di akhirat nanti........ walaupun saya tahu dimana sahaja lah tahap iman dan taqwa saya berbanding dengan orang orang yang lebih tinggi kefahaman dalam Islam.
Kita dijanjikan makbul doa semasa disana. Allah akan makbulkan doa doa tetamunya. Salah satu doa saya di Arafah ialah saya hendak berhenti kerja. Saya rasa dah sampai masanya saya make the stand. Out of the Bank. Biasalah, nak berhenti kerja means kurang pendapatan keluarga. Suami pun bimbang. Tapi saya sangat percaya dengan janji Allah, kalau ada usaha, mesti ada rezki untuk kita.
Dua tahun selepas balik dari Haji, Allah tunai kan doa saya. I left the Bank in Sept 2015. Alhamdulillah, so far, so good....... Allah cukup kan rezki kami. Walau suami seorang bekerja. Baru belajar meniaga, taklah lumayan sangat. Tapi dapat membantu. Alhamdulillah.....
Untuk semua Duyufurrahman yang telah dan akan berangkat, kami dari SAFFIYYAH mendoakan semoga semua urusan Haji di permudahkan dan berada dalam kesihatan yang baik semasa disana. Semoga mendapat Haji Mabrurah.
Salam sayang,
Kak Piah.
No comments:
Post a Comment