Tuesday, 13 September 2016

Lamisa Black - Elegan

Pada 8 September, 2016, Saffiyyah telah melancarkan siri  Lamisa Black.

Seperti juga siri Lamisa asal yang berwarna putih, Lamisa Black ada didalam pelbagaian Royal dan Premier

Lamisa Royal Black dibuat dari kain cotton Paris dengan corak menarik pada seluruh kain, sama seperti Royal White, cuma warna hitam tampak elegan dan menawan.






  

Begitu juga dengan Lamisa Premier Black, dibuat sama seperti koleksi Lamisa White, iaitu dari kain Japanese cotton, yang tiada bercorak, dan disempandani dengan lace yang sangat cantik.
 






Saffiyyah kini memberi "inner" percuma untuk pembeli-pembeli Lamisa Black. Segeralah hubungi kami melalui Whatsapp di 0122477545 untuk keterangan lanjut. 

Black is beautiful... Cliche but true..

Saturday, 20 August 2016

Koleksi Lamisa

Koleksi Lamisa adalah siri telekung dari kain kapas (cotton) yang selesa dan nyaman. Terdapat dua variasi untuk memenuhi citarasa muslimah yang mementingkan kualiti dan keselesaan.

Siri Lamisa Royal adalah dari kain "cotton paris" yang mempunyai motif menarik dengan "lace" yang cantik.






Siri Lamisa Premier pula dibuat dari "japanese cotton" dengan kain yang tiada bercorak dengan dihiasi "lace" menarik.




Kedua-dua siri Lamisa ini direka dengan ukuran yang sesuai untuk semua bentuk badan. Ukuran kain yang panjang dan kain yang tidak jarang memastikan kesempurnaan dalam memenuhi syarat menutup aurat ketika solat.


Sempena hari wanita sedunia pada 25 Ogos 2016, Saffiyaah menawarkan:
***Siri Lamisa Royal pada harga RM179 (harga asal RM209)***
***Siri Lamisa Premier pada harga RM159 (harga asal RM189)***

Lawati facebook fanpage kami di @saffiyyahcouture atau whatsapp 0122477545 untuk keterangan lanjut.



Thursday, 28 July 2016

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.



Selawat Allah S.W.T. ialah pujianNya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah S.W.T. melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. Ia juga bererti taufik daripada Allah untuk mengeluarkan hambaNya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjukNya), sebagaimana dalam firmanNya:
“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikatNya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman” 
(Surah al-Ahzab: ayat 43)
Hukum berselawat

Para ulama telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:

1.  Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
4.  Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad S.A.W., ganti              namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Kelebihan Selawat

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan dosanya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”  
(HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih)
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi S.A.W. dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut. Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda S.A.W., kerana para ulama mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

Waktu Afdhal Berselawat

•Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi S.A.W.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

Tuesday, 26 July 2016

ASAL USUL SOLAT 5 WAKTU



SOLAT SUBUH  

Nabi Adam a.s. merupakan orang pertama solat Subuh tatkala ia dikeluarkan dari Syurga. Melihat keadaan zulmah (kegelapan), maka ia merasa sangat takut dan apabila Subuh menyinsing Baginda solat 2 rakaat.
Rakaat pertama: Sebagai tanda syukur kerana selamat dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda syukur kembali kepada siang.

SOLAT ZOHOR 

Nabi Ibrahim A.S. merupakan orang pertama melakukan solat zohor tatkala Allah memerintahkan supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Kemudian diperintah pula supaya ia menyembelih binatang sebagai tebusan. Perintah itu berlaku ketika gelincir matahari. Maka baginda solat 4 rakaat.
Rakaat pertama: Tanda syukur diatas penebusan itu.
Rakaat kedua: Tanda syukur kerana selamat daripada menyembelih anaknya.
Rakaat ketiga: Kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T.
Rakaat keempat: Penebusan itu digantikan dengan binatang

SOLAT ASAR

Nabi Yunus merupakan orang pertama solat asar berikutan peristiwa baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T. daripada perut ikan Nun didalam empat keadaan. Apabila baginda dikeluarkan dari perut ikan Nun pada waktu asar,baginda solat 4 rakaat sbg tanda syukur. Antara empat keadaan itu adalah:

1.Kegelapan disebabkan kesalahan
2.Kegelapan semasa didalam laut
3.Kegelapan didalam perut ikan Nun
4.Kegelapan malam.

SOLAT MAGHRIB

Nabi Isa a.s merupakan orang pertama melakukan solat maghrib tatkala dikelurkan oleh Allah S.W.T. daripada kaumnya. Peristiwa ini berlaku ketika jatuhnya matahari.

Rakaat pertama: Menafikan ketuhanan lain daripada Allah.
Rakaat kedua: Menafikan tohmahan/tuduhan zina terhadap ibunya Maryam.
Rakaat keempat: Memberi kesan bahawa ketuhanan itu hanya bagi Allah sahaja.

SOLAT ISYAK 

Nabi Musa merupakan orang pertama melakukan solat Isyak ketika ia sesat dalam waktu keluar dari Madyan untuk ke Mesir. Dimana ia dalam keadaan dukacita terhadap isterinya, saudaranya Nabi Harun, musuhnya Firaun dan beberapa orang anaknya. Maka Allah melepaskan dan menyelamatkan Baginda daripada keempat-empat dukacita itu pada waktu Isyak. Lalu Baginda solat 4 rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T.

Monday, 25 July 2016

10 PERKARA YANG MENYELAMATKAN KITA DARI API NERAKA


Antara sebab kewujudan kita di atas muka bumi ini adalah untuk menyelamatkan diri kita daripada azab neraka Jahannam. Allah bersabda di dalam al-Quran,
 ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ 
“Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.” (4:185)
Kejayaan sebenar adalah selamat dari seksa neraka dan mendapat ganjaran terbesar iaitu memasuki syurga.
10 perkara atau cara supaya terhindarnya kita dari azab neraka jahannam. 
1. Taubat
Taubat bermaksud kembali kepada Allah. Ia merupakan tindakan hati. Taubat adalah sebuah psychological state iaitu perasaan ingin kembali kepada Pencipta.
Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan, “الندم التوبة” yang bermaksud, “rasa bersalah itu taubat”.
Oleh kerana dosa menjauhkan kita daripada Allah serta meletakkan pembatasan antara kita dan Allah maka taubat mengembalikan kita semula kepada Allah setelah melakukan dosa. Taubat adalah cara paling berkesan untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Tidak ada cara lain yang lebih hebat daripada taubat. Tidak ada dosa yang tidak akan diampunkan melalui taubat. 
  ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا
“kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa” (39:53)
Apa yang membuatkan taubat ini lebih hebat ialah penerimaan taubat itu dijamin ke atas mereka yang bertaubat dengan ikhlas. Tidak ada sesuatu yang boleh menjadi penghalang antara pendosa dan rahmat Allah. 
Bahkan, sebahagian ulama’ telah menyebutkan bahawa konsep taubat ini adalah antara hikmah mengapa Allah menciptakan kita. Apabila malaikat mempersoalkan “Ya Allah mengapa Engkau menciptakan manusia sedangkan mereka ini selalu menumpahkan darah, saling bermusuhan dan berperang? Sedangkan kami iaitu para malaikat tidak melakukan dosa dan kami sering mengingatimu tanpa lelah, sentiasa taat dan patuh kepadaMu.”
Allah pun menjawab “Aku lebih tahu apa yang kalian tidak tahu.” dan “supaya mereka tahu betapa aku ini Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Maka apakah tidak ada dari hamba-hambaku yang mahu bertaubat?”
Nabi S.A.W. juga ada menyebutkan, “Orang yang melakukan taubat itu seperti tidak pernah melakukan apa-apa dosa” (HR. Ibn Majah)
2. Istighfar
Apabila kita mengatakan bahawa taubat ialah tindakan hati maka istighfar pula ialah tindakan lidah kita. Taubat yang dilisankan iaitu taubat dan istighfar; kedua-dua adalah hal berbeza tapi saling memerlukan. Istighfar adalah salah satu cara melahirkan rasa taubat.
Nabi S.A.W. bersabda,
وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.”
(HR. Bukhari)
Jika Nabi S.A.W. sering bertaubat dan beristighfar, bagaimana dengan anda dan saya?
Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari diceritakan tentang seorang hamba yang berbuat dosa kemudian berkata, 
يَا رَبِّ إِنِّى أَذْنَبْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْ لِى
“Ya Allah aku telah berdosa, ampunilah aku”
Maka Allah berfirman,
عَلِمَ عَبْدِى أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ 
“Hambaku mengetahui bahawa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa”
Maka dia pun diampunkan. Dan berulang-ulang kali hal yang sama terjadi. Dia berulang kali melakukan dosa dan Allah tidak letih mengampunkan dosa-dosanya. Allah tidak menyukai dosa tetapi Allah mencintai pendosa yang bertaubat. 
3. Melakukan kebaikan
Berbuat kebaikan akan menghapuskan dosa-dosa. Dalam sebuah hadith Nabi S.A.W. Diceritakan bahawa seorang lelaki telah mencium seorang wanita ajnabi lalu bertemu dengan Nabi S.A.W. dan berkata, “Ya Rasulullah aku telah melakukan sekian dan sekian apakah aku akan diampunkan?” Rasulullah S.A.W. mendiamkan diri. Apalagi tidak ada sebarang hukuman dalam syarak terhadap perkara tersebut. Kemudian datangnya waktu solat dan mereka solat. Selepas solat, Nabi S.A.W. memanggil si fulan dan berkata, “Bukankah engkau telah hadir ke masjid dan solat bersama kami?” “Ya” jawabnya. Lalu kata nabi, ” ان الحسنات يذهبن السيات” “Sesungguhkan kebaikan menghapuskan kejahatan”. Setiap sedekah, setiap wuduk, setiap solat, setiap senyuman, setiap tenaga yang disumbang dan apa-apa sahaja kebaikan akan menghapuskan sebahagian dari dosa kita.
4. Doa daripada orang-orang beriman kepada kita.
Mendoakan orang lain agar diampunkan adalah perintah Allah. Doa menghapuskan dosa-dosa.
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. (59:10)
5. Ujian di dunia.
Atas rahmat dari Allah, setiap kesakitan, sama ada secara fizikal atau emosi yang menimpa akan menghapuskan dosa-dosa.
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.

(HR. Bukhari)
Tiada manusia yang sukakan kepayahan dan kesakitan. Akan tetapi seorang mukmin apabila diuji, sebahagian kecil dari dirinya akan menyedari dan menerimanya dengan berlapang dada kerana menyedari bahawa Allah sedang mengampuni dosa-dosanya dan mengharapkan agar apabila di mahsyar kelak, semua dosa-dosanya dihapuskan.
6. Azab di kubur.
Azab seksa di kubur adalah perkara yang tidak kita mahu lalui. Akan tetapi, berbanding dengan azab neraka, azab di kubur lebih baik kerana ia mampu memadamkan dosa-dosa kita. Akan ada sebahagian dari kita, naudzubillahi min dzalik, melakukan dosa-dosa besar dan akan diseksa di neraka jahannam. Namun, atas rahmatNya, Allah menjadikan azab kubur sebagai kaffarah.
7. Kepayahan di hari akhirat.
Hari akhirat merupakan hari kesusahan bagi kebanyakan manusia. Ia adalah hari yang amat panas kecuali bagi mereka yang mendapat naungan dari Allah. Kiamat adalah hari di mana manusia akan kehausan kecuali mereka yang Allah izinkan untuk minum dari perigi Haud. Ramai manusia dihisab dan sangat susah untuk melalui titian sirat kecuali mereka yang diberikan kemudahan oleh Allah. Sebahagian ini akan menjadi kafarah untuk kita dari ditimpa azab jahannam.
8. Kebaikan dari orang hidup kepada yang telah meninggal dunia.
Doa dari seorang anak yatim yang pernah kita berbuat baik kepadanya, kemudian anak yatim itu membesar lalu teringat pada kita dan mendoakan kita dan masyarakat yang mendoakan kita kerana ilmu kita memberi manfaat kepada mereka. Ini semua mampu menyelamatkan kita dari azab neraka.
Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith yang masyhur,
عَنْ اَبي هُـرَيْـرَةَ رَضِـَي اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذاَ ماَتَ ابْنُ اٰدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّمِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ اَوْعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ اَوْوَلَدٍصَا لِحٍ يَدْعُوْلَه. رَوَهُ مُسْلِمْ
“Dari Abi Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW.bersabda; Apabila anak Adam telah meninggal dunia terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya,”
(HR Muslim)
9. Syafaat Nabi S.A.W.
Syafaat nabi mampu menyelamatkan kita dari azab neraka. Berdoalah sebagaimana doa kita selepas azan,
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدَاً الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامَاً مَحْمُودَاً الَّذِي وَعَدْتَهُ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
"Maqam mahmudaa’ itu adalah maqam syafaat. Semoga Allah menerima kita dari mereka yang mendapat syafaat nabi saw di hari akhirat."
10. Rahmat dan kasih sayang Allah kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan.
Hakikatnya di akhirat kelak akan ada terlalu ramai manusia yang layak untuk dicampak ke neraka jahannam. Akan tetapi, 
 ۚ وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ
“…dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu…” (7:156)
Terlalu besar rahmat Allah. Dalam sebuah hadith nabi menceritakan bahawa Allah mempunyai 100 bahagian rahmat dan 1 diletakkan di atas dunia. Dengan 1 rahmat itu, haiwan mengasihi anaknya, seorang ibu menyayangi keluarganya dan pemuda berbuat baik kepada yang tua. Dari awal penciptaan sehingga hari kiamat segalanya atas 1 rahmat ini. 99 lagi bahagian rahmat yang lain Allah memperuntukkan untuk hari akhirat. Begitulah sifat Ar-Rahman Allah kepada manusia sekalipun kepada yang tidak layak. Apapun, hal ini tiada jaminan dan kita harus berusaha mendapatkannya. 
Kita semua pendosa dan dosa itu pahit.

BERFESYEN DARI HATI SEORANG MUSLIMAH

Daripada Abdullah Ibnu Masud R.A, beliau mendengar Rasullulah S.A.W. bersabda: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun seberat zarah”. Maka telah berkata seorang lelaki kepada Baginda: ”Sesungguhnya seseorang individu itu suka jika pakaiannya baik dan kasutnya juga baik”. Balas Baginda S.A.W.: ”Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Sifat sombong meleyapkan kebenaran dan merupakan kehinaan kepada manusia”.
(Riwayat Imam Muslim).
Daripada hadith ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W. tidak melarang seseorang manusia itu untuk memperagakan fesyen malah Baginda menerangkan bahawa Allah itu sifatNya cantik dan suka akan kecantikan. Namun Rasulallah S.A.W. melarang jika seseorang itu berfesyen dalam keadaan angkuh dan sombong kepada masyarakat sekelilingnya.
Walaupun kita diberikan kebebasan dalam memperagakan sesuatu fesyen, tidak bermakna kita boleh memakai apa sahaja pakaian tanpa perlu menghiraukan adab dan tatasusila. Sesungguhnya Islam telah menggariskan beberapa panduan bagi seseorang muslim mahupun muslimah dalam berpakaian. Antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam berfesyen ialah:
1) Memastikan pakaian tersebut menutup aurat.
  • Apakah itu aurat? Aurat berasal daripada perkataan arab yang bermaksud aib atau kekurangan pada sesuatu benda. Apabila menyebut mengenai aurat dalam berpakaian ialah kawasan anggota yang perlu dijaga dan ditutup oleh setiap orang Islam daripada dilihat oleh orang lain. Tujuan utama diwajibkan menutup aurat ke atas umat Islam adalah semata-mata untuk memelihara dirinya dan orang lain daripada perkara buruk yang menjerumuskan mereka ke dalam lembah dosa.  Aurat bagi seseorang lelaki adalah di antara kawasan pusat dan lututnya. Manakala bagi seseorang wanita pula auratnya ketika bersama dengan bukan mahram adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua pergelangan serta tapak tangannya.

2) Tidak memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.
  • Antara adab ketika berpakaian adalah memakai pakaian yang tidak ketat yang menampakkan bentuk tubuh si pemakai terutamanya kepada kaum wanita. Dalam hal ini Nabi S.A.W. telah menyatakan sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya bahawa antara golongan yang akan diazab oleh Allah dalam api neraka adalah golongan perempuan yang disebut ‘Kaasiyat Aariyat’ iaitu wanita-wanita yang memakai pakaian dengan mendedahkan sebahagian bentuk tubuhnya. Salah seorang ulama’ terkenal iaitu Sheikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin  ketika mengulas hadith ini beliau menyatakan bahawa yang dimaksudkan golongan ini antaranya perempuan yang menampakkan bentuk tubuh badan sama ada dengan pakaian yang ketat, jarang mahupun terdedah sebahagian daripada tubuh badannya yang telah dilarang oleh syariat Islam. Bagi kaum lelaki juga mereka tidak digalakkan untuk memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh pada bahagian aurat mereka dan hukumnya adalah makruh seperti mana yang diterangkan oleh Imam al-Nawawi dalam karyanya al-Majmu’.

3) Tidak memakai pakaian atau aksesori yang menyerupai ciri budaya orang bukan Islam. 
  • Sesungguhnya Islam melarang umatnya daripada terikut-ikut dengan budaya negatif masyarakat bukan Islam. Hal ini termasuklah ketika berpakaian dan memperagakan sesuatu fesyen. Nabi S.A.W. telah melarang kita daripada terikut-ikut dengan budaya luar yang terkadag-kadang mampu menggugat akidah dan akhlak umat Islam terutamanya dalam kalangan para pemuda-pemudi. 
          Dalam sebuah hadith Nabi S.A.W. pernah bersabda: 
"Sesiapa yang terikut-ikut dengan gaya hidup sesuatu kaum maka dia termasuk dalam golongan tersebut” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi). Hadith ini melarang umat Islam daripada terikut-ikut dengan budaya luar yang bersifat negatif termasuklah dalam berpakaian."
  • Antara ikutan negatif yang berlaku seperti memakai pakaian yang mempunyai gambar salib, gambar-gambar yang tidak menutup aurat,  bertindik pada anggota badan tertentu bagi kaum lelaki, melukis tatu dan lain-lain. Inilah realiti umat Islam akhir zaman seperti mana yang telah dinyatakan oleh Nabi S.A.W. : 
“Sesungguhnya kamu akan mengikuti gaya hidup masyarakat selepas kamu (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak sekali pun nescaya kamu akan memasukinya”. 
           (Hadith muttafaq alaih).

4) Fesyen yang bertentangan dengan jantina si pemakai.
  • Sesungguhnya Islam melarang umatnya daripada menyerupai golongan yang berlainan jantina. Hal ini termasuklah dalam memperagakan fesyen. Hukum lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki adalah haram kerana ianya berlawanan dengan fitrah asal penciptaan seseorang manusia sama ada dalam tingkah laku dan juga pemakaian. Contohnya kaum lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian yang menunjukkan ciri-ciri kaum wanita seperti memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera. Begitulah juga mereka ditegah daripada memperagakan tubuh badan mereka dengan aksesori wanita seperti rantai emas, pewarna bibir, pewarna kuku dan sebagainya. 
Nabi S.A.W. telah bersabda: 
“Sesungguhnya Allah S.W.T. melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. 
           (Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Nasaie dan Ahmad).

5) Mengelakkan daripada fesyen yang keterlaluan.
  • Nabi S.A.W. menganjurkan kita supaya bersederhana dalam segala perkara termasuklah ketika memperagakan sesuatu fesyen. Kita perlu mengambil berat dalam memilih sesuatu fesyen yang ingin diketengahkan. Antara larangan Nabi S.A.W. dalam berpakaian ialah memakai pakaian yang disebut sebagai pakaian ‘syuhrah’ iaitu pakaian yang keterlaluan bentuk dan potongannya berbanding pakaian-pakaian kebiasaan. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada timbulnya perasaan sombong di dalam jiwa si pemakai. 
          Nabi S.A.W. telah bersabda: 
“Sesiapa yang memakai pakaian ‘syuhrah’ di dunia maka Allah S.W.T. akan memakaikannya dengan pakaian yang hina pada hari akhirat”. 
          (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah).
  • Kesimpulannya, Islam tidak melarang seseorang itu untuk berfesyen namun perlulah mengikut sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat Islam. Malah kita digalakkan untuk menghias diri kita secara kemas, cantik dan sederhana. Persoalan penting juga adalah bagaimanakah niat kita ketika berfesyen? Dan kita seharusnya berfesyen mengikut syarak dengan penuh rasa ketaqwaan.

MENGAPA BACAAN DI DALAM SOLAT PADA WAKTU ZOHOR DAN ASAR PERLAHAN MANAKALA MAGHRIB, ISYAK DAN SUBUH DIKUATKAN?



          Firman Allah S.W.T.:
"Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula   merendahkannya." (al-Isra':110).
Selepas turun ayat ini, maka Rasulullah S.A.W. merendahkan bacaan baginda di dalam solat Zohor dan Asar, kerana baginda khuatir akan ejekan dan cemuhan kaum Musyrikin. Manakala di dalam solat Maghrib baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu kaum Musyrikin sedang sibuk makan. Manakala di dalam solat Isyak dan Subuh, baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu mereka sedang nyenyak tidur. 

Peristiwa di atas adalah ketika permulaan dakwah Islam untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dari kaum musyrikin. Manakala di dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya, bacaan dikeraskan kerana dua solat ini disyariatkan setelah berada di Madinah. Ketika itu kekuatan kaum Musyrikin kian lemah. Islam sudah mempunyai kekuatannya. 

Walaupun keadaan sekarang berbeza dengan keadaan semasa permulaan Islam dahulu, namun hukum ini tetap berjalan sehingga bila-bila. Itu termasuk sunnah perbuatan Rasulullah S.A.W.. Ia juga sebagai memperingati sejarah awal penyebaran Islam dan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melepaskan kaum Muslimin pertama di Makkah dari penderitaan dan kemudian memberi kemenangan serta kekuatan kepada mereka. 

Wednesday, 20 July 2016

AMALAN WUDUK UNTUK MENDAPAT PAHALA BESAR


Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kita kenikmatan yang besar dengan Nabi yang mulia, Nabi yang terpilih dan Nabi yang penuh cinta kasih. Selawat dan salam dilimpahkan kepadanya. Melalui Rasulullah, kita mengenal agama yang agung dan penuh berkat ini sehingga menjadikan semua perkara yang susah menjadi mudah. Dan beliau telah memberi petunjuk kepada kita berkaitan amalan ringan untuk mendapat pahala yang akan diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya. Maka beruntunglah orang yang berpegang teguh dengan agama Islam dan mendapat kemenangan besar dari Allah iaitu keampunan dan balasan dariNya. Maka sangatlah rugi bagi orang yang ingkar dengan arahanNya. 

Maksud Wuduk

Wuduk menurut bahasa ertinya bersih dan indah, manakala menurut syariat Islam ertinya membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil.

Menyempurnakan Wuduk

"Tidaklah seseorang diantara kamu berwuduk, lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian berkata, "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan bahawasanya Muhammad adalah hamba Allah dan RasulNya kecuali telah dibuka baginya pintu–pintu syurga dan mereka diberi masuk dari mana pintu syurga yang mereka suka." 
(Hadis Riwayat Muslim)

Pada hadits diatas, Rasulullah S.A.W. menerangkan bahawa siapa yang berwuduk dengan sempurna mengikut apa yang telah diajarkan oleh agama, kemudian memberi kesaksian tentang keesaan Allah dan Muhammad S.A.W., maka Allah akan menghormatinya dengan kedudukan yang agung, iaitu dibuka baginya seluruh pintu syurga, kemudian mereka diberi masuk dari mana pintu syurga yang mereka suka

Cara Wuduk yang benar:

1. Membasuh kedua tangan sampai pergelangan tangan tiga kali.
2. Berkumur tiga kali.
3. Membasuh lubang hidung dengan air tiga kali.
4. Membasuh muka tiga kali dengan sempurna seluruh wajah sehingga sebahagian kepala. 
5. Membasuh kedua-dua belah tangan tiga kali dengan sempurna sampai ke siku.
6. Mengusap kepala dengan air tiga kali.
7. Mengusap kedua telinga iaitu dengan memutarkan jari telunjuk pada rongga telinga. 
8. Membasuh kedua-dua kaki sehingga bersih khususnya tumit.

Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Barangsiapa berwuduk dengan menyempurnakan wuduknya akan keluar semua kesalahan dari dalam tubuhnya, bahkan sampai keluar dari bawah kuku–kukunya." 
(Hadis Riwayat Muslim)

DOA PENENANG HATI KETIKA DALAM KESUSAHAN



Berdoa kepada Allah adalah cara kita untuk mendekatkan diri kepada Allah supaya diberikan ketenangan hati dan fikiran kerana sesungguhnya Allah yang menentukan segala perkara dalam hidup kita. Allah akan bersama dengan orang yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNya. Kita sebagai makhluk dituntut supaya beriman kepada Allah dan sentiasa meminta pertolongan dengan berzikir dan berdoa kepadaNya. Allah telah berjanji di dalam Al-Quran, 
Surah Ghafir, Ayat 60: 
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." 

Pelbagai dugaan yang manusia perlu hadapi dimana Allah ingin menguji keimanan hambaNya. Namun sejauh manakah kekuatan hati manusia mampu untuk bertahan ketika dugaan tersebut datang kepadanya. Hati manusia tidak akan tenang ketika dugaan datang kepadanya. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berdoa dan berzikir kepada Allah agar mereka memperoleh ketenangan hati dan diberi petunjuk oleh Allah untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Berikut adalah beberapa bacaan doa sebagai penenang hati ketika dalam kesusahan: 


1.   Manusia hendaklah melakukan solat Hajat sebanyak dua rakaat.

2.  Membaca surah Al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. berserta 
     keluarga dan sahabatnya dan juga kepada kedua orang tua kita serta seluruh umat Islam.

3. Beristighfar sebanyak 33 kali.

4. Kemudian berselawatlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sebanyak 33 kali.

Friday, 15 July 2016

CARA UNTUK BERJAYA DALAM ISLAM


Untuk berjaya kita perlukan masa daripada awal sehingga kita berada di puncak yang selesa. Jangan pula kita lupa akan Tuhan yang telah mengurniakan rezeki dalam pelbagai cara kepada kita sehingga kita berjaya hasil daripada titik peluh kita dengan bantuan dariNya. Mencari rezeki yang berkat sangat mudah jika niat kita pada mulanya ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Oleh itu, kita haruslah mendekatkan diri kepada Allah dan berdoa supaya diberikan kelancaran rezeki kerana Allah sayang akan hambaNya yang rajin berdoa dan meminta kepada Allah. Bukan hanya berdoa, bahkan kita perlu usaha dan berikhtihar dalam mencari rezeki yang telah dikurniakan olehNya. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk berjaya dalam Islam, antaranya adalah: 
1. Berdoa dan meminta kepada Allah
  • Allah telah mengaturkan setiap rezeki kepada makhlukNya yang hidup di dunia ini dan Allah juga telah menjanjikan bahawa ke semua doa hambaNya akan dimakbulkan jika mereka berdoa secara ikhlas kerana Allah sangat menyayangi orang yang tidak sombong untuk meminta dan berdoa kepadaNya. Oleh itu, kita hendaklah mendekatkan diri dan berdoa kepada Allah.
  • Firman Allah yang bermaksud: "dan tidak ada satu pun makhluk hidup di muka bumi ini melainkan dijamin Allah rezekiNya" (Surah Hud, Ayat 6) dan "Siapakah yang dapat memberikan rezeki jika Allah menahan rezeki" (Surah Al-Mulk, Ayat 21).

2. Berusaha Keras
  • Ikhtiar dalam mencari rezeki kerana duit tidak akan datang bergolek sekiranya kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
  • Bertawakal kepada Allah jika kita sudah berusaha bersungguh-sungguh kerana setiap perkara yang kita lakukan perlukan penantian dan pengorbanan. 

3. Mengeluarkan sedekah
  • Rezeki akan bertambah sekiranya kita memberi sedekah kepada yang memerlukan. 
  • Nabi S.A.W. bersabda: "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang menyeru.; "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah." 

4. Kerjakan Solat Tahajjud dan Solat Dhuha
  • Solat Sunat Tahajjud dan Solat Sunat Dhuha merupakan solat yang bermanfaat untuk melancarkan sesuatu rezeki yang boleh diamalkan setiap hari. Lakukanlah jika mempunyai masa terluang dan mudahlah untuk kita melaksanakan solat sunat tersebut setiap hari sekiranya perkara tersebut telah menjadi kebiasaan dalam hari-hari kita.

Thursday, 14 July 2016

KEISTIMEWAAN TELEKUNG SAFFIYYAH COUTURE


Dalam kehidupan di dunia ini terdapat pelbagai keistimewaan yang kita perolehi daripadaNya. Dengan keistimewaan itulah menjadikan kita lebih produktif untuk terus maju. Dengan itu kita bersyukur atau tidak di atas setiap pemberianNya. Sama juga seperti telekung keluaran Saffiyyah Couture yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Terdapat beberapa keistimewaan untuk telekung keluaran Saffiyyah Couture. Antara keistimewaannya adalah:

1. Kain telekung yang sangat selesa untuk digunakan ketika solat. 
  • Dengan fabrik kain yang lembut iaitu berjenis cotton, warna yang pelbagai serta sulaman manik bagi telekung keluaran terbaru Saffiyyah Couture menjadi rebutan di kalangan remaja sehingga orang dewasa.

2. Kain Saffiyyah Couture yang sangat berkualiti tinggi.
  • Kain Saffiyyah Couture yang berkualiti tinggi akan membuatkan para remaja serta ibu gemar akan telekung keluaran produk kami. Kami menjanjikan kualiti yang terbaik untuk telekung kami kepada anda semua. 

3. Jahitan yang sangat kemas pada telekung.
  • Jahitan yang sangat kemas menampakkan lagi kekemasan  yang ada diikuti dengan sulaman manik pada telekung akan membuatkan anda tertarik untuk memakainnya. Sulaman manik yang cantik dan eksklusif akan menjanjikan pulangan yang terbaik untuk telekung keluaran terbaru Saffiyyah Couture.

4. Ukuran muka dan kepala yang sepadan.
  • Sesuai digayakan untuk pelbagai peringkat umur. Terdapat pelbagai saiz untuk Telekung Fajriya, Telekung Dafina, Telekung Saiha, Telekung Satira dan Telekung Lamisa. Dapatkannya di Saffiyyah Couture. 

5. Telekung yang berharga tinggi sangat sesuai dengan warnanya yang tampak mewah.
  • Kualiti telekung keluaran terbaru Saffiyyah Couture sangat sesuai untuk digayakan dan digunakan untuk solat. Dengan adanya warna, corak sulaman dan kualitinya pengguna akan sangat selesa apabila memakainya. 

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan di suruh memasuki melalui mana-mana pintu yang dia suka."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Instagram: saffiyyah couture
Whatsapp: 012 306 6561