Untuk berjaya kita perlukan masa daripada awal sehingga kita berada di puncak yang selesa. Jangan pula kita lupa akan Tuhan yang telah mengurniakan rezeki dalam pelbagai cara kepada kita sehingga kita berjaya hasil daripada titik peluh kita dengan bantuan dariNya. Mencari rezeki yang berkat sangat mudah jika niat kita pada mulanya ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Oleh itu, kita haruslah mendekatkan diri kepada Allah dan berdoa supaya diberikan kelancaran rezeki kerana Allah sayang akan hambaNya yang rajin berdoa dan meminta kepada Allah. Bukan hanya berdoa, bahkan kita perlu usaha dan berikhtihar dalam mencari rezeki yang telah dikurniakan olehNya. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk berjaya dalam Islam, antaranya adalah:
1. Berdoa dan meminta kepada Allah
- Allah telah mengaturkan setiap rezeki kepada makhlukNya yang hidup di dunia ini dan Allah juga telah menjanjikan bahawa ke semua doa hambaNya akan dimakbulkan jika mereka berdoa secara ikhlas kerana Allah sangat menyayangi orang yang tidak sombong untuk meminta dan berdoa kepadaNya. Oleh itu, kita hendaklah mendekatkan diri dan berdoa kepada Allah.
- Firman Allah yang bermaksud: "dan tidak ada satu pun makhluk hidup di muka bumi ini melainkan dijamin Allah rezekiNya" (Surah Hud, Ayat 6) dan "Siapakah yang dapat memberikan rezeki jika Allah menahan rezeki" (Surah Al-Mulk, Ayat 21).
2. Berusaha Keras
- Ikhtiar dalam mencari rezeki kerana duit tidak akan datang bergolek sekiranya kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
- Bertawakal kepada Allah jika kita sudah berusaha bersungguh-sungguh kerana setiap perkara yang kita lakukan perlukan penantian dan pengorbanan.
3. Mengeluarkan sedekah
- Rezeki akan bertambah sekiranya kita memberi sedekah kepada yang memerlukan.
- Nabi S.A.W. bersabda: "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang menyeru.; "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah."
4. Kerjakan Solat Tahajjud dan Solat Dhuha
- Solat Sunat Tahajjud dan Solat Sunat Dhuha merupakan solat yang bermanfaat untuk melancarkan sesuatu rezeki yang boleh diamalkan setiap hari. Lakukanlah jika mempunyai masa terluang dan mudahlah untuk kita melaksanakan solat sunat tersebut setiap hari sekiranya perkara tersebut telah menjadi kebiasaan dalam hari-hari kita.
No comments:
Post a Comment