SOLAT SUBUH
Nabi Adam a.s. merupakan orang pertama solat Subuh tatkala ia dikeluarkan dari Syurga. Melihat keadaan zulmah (kegelapan), maka ia merasa sangat takut dan apabila Subuh menyinsing Baginda solat 2 rakaat.
Rakaat pertama: Sebagai tanda syukur kerana selamat dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda syukur kembali kepada siang.
SOLAT ZOHOR
Nabi Ibrahim A.S. merupakan orang pertama melakukan solat zohor tatkala Allah memerintahkan supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Kemudian diperintah pula supaya ia menyembelih binatang sebagai tebusan. Perintah itu berlaku ketika gelincir matahari. Maka baginda solat 4 rakaat.
Rakaat pertama: Tanda syukur diatas penebusan itu.
Rakaat kedua: Tanda syukur kerana selamat daripada menyembelih anaknya.
Rakaat ketiga: Kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T.
Rakaat keempat: Penebusan itu digantikan dengan binatang
SOLAT ASAR
Nabi Yunus merupakan orang pertama solat asar berikutan peristiwa baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T. daripada perut ikan Nun didalam empat keadaan. Apabila baginda dikeluarkan dari perut ikan Nun pada waktu asar,baginda solat 4 rakaat sbg tanda syukur. Antara empat keadaan itu adalah:
1.Kegelapan disebabkan kesalahan
2.Kegelapan semasa didalam laut
3.Kegelapan didalam perut ikan Nun
4.Kegelapan malam.
SOLAT MAGHRIB
Nabi Isa a.s merupakan orang pertama melakukan solat maghrib tatkala dikelurkan oleh Allah S.W.T. daripada kaumnya. Peristiwa ini berlaku ketika jatuhnya matahari.
Rakaat pertama: Menafikan ketuhanan lain daripada Allah.
Rakaat kedua: Menafikan tohmahan/tuduhan zina terhadap ibunya Maryam.
Rakaat keempat: Memberi kesan bahawa ketuhanan itu hanya bagi Allah sahaja.
SOLAT ISYAK
Nabi Musa merupakan orang pertama melakukan solat Isyak ketika ia sesat dalam waktu keluar dari Madyan untuk ke Mesir. Dimana ia dalam keadaan dukacita terhadap isterinya, saudaranya Nabi Harun, musuhnya Firaun dan beberapa orang anaknya. Maka Allah melepaskan dan menyelamatkan Baginda daripada keempat-empat dukacita itu pada waktu Isyak. Lalu Baginda solat 4 rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment