Solat merupakan sebahagian daripada lima rukun Islam dan tiang agama bagi umat Islam. Dengan melaksanakan solat di awal waktu umat Islam akan memperolehi manfaat dan ganjaran rezeki yang tidak ternilai dariNya. Solat juga mencegah kita dari melakukan perkara yang mungkar dan perkara yang bertentangan dengan hukum Allah. Terdapat beberapa fadhilat solat jika solat di awal waktu. Antara fadhilatnya adalah:
1. Waktu Subuh
- Tenaga alam pada waktu subuh berada pada tahap optimum dimana tenaga ini akan diserap oleh tubuh pada waktu rukuk dan sujud.
- Bagi mereka yang terlewat solat subuh maka ia tidak mendapat tenaga yang optimum.
- Suasana alam pada waktu subuh berwarna biru muda ianya akan mempengaruhi metabolisme tubuh.
- Waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.
- Bagi mereka yang sering kali tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang kali, mereka akan menghadapi masalah berkomunikasi dan rezeki dalam kehidupan.
2. Waktu Zohor
- Suasana alam pada waktu subuh berwarna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian ke warna kuning yang menandakan masuknya waktu zohor.
- Waktu zohor mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
- Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat solat zohor berulang kali akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat ceria pada wajahnya.
3. Waktu Asar
- Warna alam akan berubah kepada warna oren apabila masuknya waktu asar.
- Rahsia waktu asar adalah kreatif.
- Maka orang yang seringkali tertinggal solat asar akan hilang daya kreatif dan jasad atau roh seseorang akan terpisah. Tenaga pada waktu asar amat diperlukan oleh organ reproduktif kita seperti prostat, uterus, ovari dan testis.
4. Waktu Maghrib
- Alam akan berubah ke warna merah pada waktu ini dan kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar kawasan rumah.
- Rahsia pada waktu maghrib ialah keyakinan, kekuatan otot, saraf dan tulang.
- Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka terpesona dengan alam.
- Bagi mereka yang sedang dalam perjalanan ke sesuatu tempat sebaiknya berhenti dahulu untuk solat maghrib kerana banyak gangguan pada waktu ini yang akan mengaburi mata kita.
5. Waktu Isyak
- Suasana alam pada waktu Isyak akan berubah kepada warna indigo.
- Ketenteraman dan kedamaian adalah rahsia waktu isyak.
- Mereka yang selalu meninggalkan solat isyak akan berada dalam keadaan kegelisahan.
- Sistem tubuh perlu berada dalam keadaan tenang pada waktu malam.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Solat pada awal waktu dari awalnya mendapat keredhaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah."
"Jika kita suka menunda-nunda waktu SOLAT, bererti kita menunda keperluan kita sendiri kerana Allah juga akan menunda rezeki kita, menunda terkabulnya doa-doa kita, menunda datangnya jodoh kita dan sebagainya. Tapi Dia tidak akan menunda datangnya KEMATIAN."
No comments:
Post a Comment