Wednesday, 13 July 2016

TATACARA KHUSYUK DALAM SOLAT


Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat berjuang! Mari berdoa dan melakukan solat sunat dhuha sebelum melakukan sesuatu perkara agar diberi kemudahan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Agama Islam wajib melaksanakan solat lima waktu setiap hari iaitu solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Diikuti solat sunat yang lain seperti solat sunat dhuha, solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat sunat yang lain. Jika mempunyai masa terluang maka lakukanlah solat sunat dua rakaat agar hidup kita sentiasa dalam redhaNya. Dalam melaksanakan ibadah solat diharuskan untuk mengikut tatacara solat yang baik dimulai dari wuduk, niat, gerakan, tamakninah, khusyuk dan lain-lain. Diingatkan agar seluruh umat Islam untuk memperbaiki solat dengan mempelajari ilmu ibadah dari guru yang bertauliah serta dari sumber yang boleh dipercayai. Antara tatacara bagi mendapatkan solat yang khusyuk adalah:

1. Fikiran perlu tertumpu kepada Allah S.W.T.
2. Sedarlah kita sedang menghadap Tuhan yang telah menciptakan kita di dunia ini.
3. Memahami serta menghayati erti dan makna dalam bacaan solat.
4. Menganggap solat yang dilakukan adalah solat yang terakhir.
5. Segeralah kembali kepada Allah sekiranya kita berkhayal dalam solat.
6. Kebersihan tempat juga amat perlu bagi memastikan tiada sebarang gangguan ketika solat.
7. Solat tepat pada waktunya agar Allah tidak berkira untuk memberikan rezeki yang luas.
8. Ikhlas dalam melaksanakan ibadah solat.
9. Berusaha untuk selalu memperbaiki solat. 
"Ya Allah, indahkanlah hari kami, lancarkanlah rezeki kami, bahagiakanlah keluarga kami dan muliakanlah kehidupan kami."

No comments:

Post a Comment